Assalamualaikum bloggers :)
Nampak title dekat atas tu? Yes, selamat hari guru kepada semua guruguru yang ada di Malaysia. Tak kesah la yang bertauliah atau pun tidak. Even though aku ni dulu pelajar yang bermasalah, aku tak kisah. Yang penting, cikgu cikgu dah mencurahkan ilmu yang tidak terhingga. Terima kasih cikgu. Jasamu tak dapat dibalas , hanya Allah S.W.T yang dapat membalas kemuliaan cikgucikgu sekalian. Walaupun cikgu kadang kadanag marah tak tentu pasal, walaupun sebab orang lain, cikgu marah dekat saya and kawankawan, cikgu tetap cikgu saya. Walaupun cikgu campak campak barangbarang kami, loker, katil semua, cikgu tetap cikgu kami. Walaupun kami selalu kena rotan dekat tangan and kaki, cikgu tetap cikgu kami. Walaupun cikgu selalu ceramah sampai penat mulut, penat telinga kami mendengar, kami tau tu semua untuk kebaikan kami. Walaupun cikgu selalu complaint pasal saya migraine ( even sakit tu bukan dibuatbuat, dan dia datang secara sendiri ), saya terima je cikgu cakap yang saya ni saje cari penyakit. Cikgu tetap cikgu saya. Walaupun cikgu kadangkadang cakap saya ponteng even saya ada surat cuti, saya terima, sebab cikgu tetap cikgu saya. Walaupun cikgu marah sebab saya pergi bilik rawatan cakap saya buatbuat sakit, saya terima even memang betulbetul saya tak larat dan sakit. Cikgu tetap cikgu saya. Walaupun kami sekelas dan sedorm pelajar yang bermasalah, dan cikgucikgu selalu pinggirkan kami, kami terima. Sebab cikgu tetap cikgu kami sampai bilabila.Terima Kasih cikgu :) Semoga Allah memberkati jasa dan pengorbananmu.
No comments:
Post a Comment