Hi guys. Thank you for coming. please leave a message in my scream box okay. lots of love ♥♥

10 May 2011

Kesabaranku diuji

Assalamualaikum bloggers :)
 hari ni aku bengang sebab aku punya ujian tak lulus. Ujian berkomputer kot. Hahaha. Sumpah kelakar. Padahal belum test JPJ lagi. Aduh. Dah satu hal pulak nak repeat , dah tu kena bayar pulak tu. Aduh ! Mampos aku la, tengahtengah tak ada duit ni macam ni lak nak jadi. How come?  Doakan la aku lulus weh lepas ni. Aku dah tak sanggup. Duit lagi, aku ni bukannya orang senang. Please, doakan tau :) Thanks.
One more thing yang buat aku bengang adalah ... jeng jeng jeng ! Aku malas nak cerita. Cuma aku nak cakap, Janganlah ikut perasaan. Jangan salahkan orang kalau dah tau diri tu salah dan jangan la nak putar belit cerita. Allah Maha Mengetahui :) Terima Kasih kerana anda berjaya membuat saya marah dan mengamuk di depan orang ramai :) Aku harap kau puas hati dengan apa yang kau buat selama ni. Tahniah dan syabas ! Suka tak suka tak ? :D Award nanti aku bagi yee. Okay, malas nak cerita panjang lebar. Aku nak keluar esok ! Nak release tension ! Dugaan Allah tak pernah putus, dan Dia nak tengok sejauh mana kesabaran hambaNya. Tetapi hari ni, kesabaranku sudah tercabar ! Ampunkan hambaMu ini Ya Allah :'( sesungguhnya aku hamba yang lemah lagi hina. Amin .

Nota ibu jari kaki : Aku nak karok weh ! Lagi baik dari aku marah marah je. Kan kan. Buat tambah dosa je. Dan aku bertaubat apa yang aku dah buat selama ni. Dosa dosa besar aku terlalu banyak. Dosa yang tidak dapat diampunkan, Tapi aku tahu, Allah maha Pengampun . Ampun kan aku Ya Rabbi :') Amin

1 comment: