Hi guys. Thank you for coming. please leave a message in my scream box okay. lots of love ♥♥

28 February 2011

Kau ingat tak

Sedih, kecewa, kecik hati, terasa,semuanya ada ! Ni ke balasan yang aku dapat? Sedih, bila orang yang kita sayang dah tak rapat dengan kita. Aku tak mintak apa apa pun dari dia. Cuma harap persahabatan kita kekal sampai ke akhirnya. Tapi? Aku dah tak ada daya da. Aku serah segala-gala kepadaNya. Mungkin ada hikmah ni sebalik semua yang berlaku. Aku tersangat sedih, aku rindukan dia yang dulu. Aku sabar dengan perangai dia. Tapi, sejak sejak ni dia dah berubah. Aku dikebelakangkan. Dipinggirkan. Menipulah kalau aku cakap aku cool and slumber. Hati and perasaan aku, cuma Allah je yang tahu. Aku pasrah dan redha. Kalau ditakdirkan hubungan sahabat kami macam ni sampai bilabila, aku pasrah. Aku tau ramai yang boleh jaga dia and happykan dia. Tapi bukan aku. Aku selalu buat dia sedih , terasa, tak happy. Kalau la aku dapat luahkan semua ni.. Hurmm, tapi hati aku berkata lebih baik aku diam. Kalau aku buat apa sekalipun, benda sama tetap terjadi. Aku dah tak penting seperti dulu. Aku sedar siapa aku :')

Untuk sahabat tersayang : 
                            Aku tak minta untuk disayangi. Aku tak minta untuk dibalas jasa dan pengorbanan. Cuma aku mengharapkan hubungan persahabatan kita kekal berpanjangan. Aku tau aku tak sempurna, aku tau aku tak boleh menjadi sahabat yang baik , yang boleh buat kau bahagia. Aku minta maaf kalau selama ni aku banyak buat salah. Cuma aku cukup terasa dengan semua ni. Aku tau aku da sepenting dulu. Sahabat, aku rindukan saat kita bersama, gelak ketawa, sedih bersama, berkongsi rahsia dan cerita. Aku rindu semua tu. Aku nak kau yang dulu. Ingat tak dekat hostel masa aku nak pergi camping, kau menangis, menjerit panggil nama aku. Kau tak bagi aku pergi and tinggalkan kau sorang sorang. Kau ingat tak, kalau malam kau lapar, aku buatkan kau meggi. Kau ingat tak aku selalu tunggu kau dekat kantin masa rehat kalau kau lambat and kau tunggu aku bila aku lambat. Kau ingat tak kita sama sama cuci baju. Kau ingat tak aku selalu nyanyi before tidur. Kau ingat tak kita hari hari pergi sekolah sama sama. Kau ingat tak kita prep sama sama. Kau ingat tak kita selalu balik sama sama waktu balik dari sekolah. Kau ingat tak kita selalu baring baring sambil cerita. Kau ingat tak yang kita kena panggil ngan pengetua sebab kes tu. Kau ingat tak kita selalu gantung stokin sebelah sebelah dekat besi katil lepas balik sekolah. Kau ingat tak kita sama sama gosokkan baju. Kau ingat tak kita dulu ada buku diary. Kau ingat tak kita selalu ingat mengingati bila solat. Kau ingat tak aku selalu biarkan kau tidur dulu , baru aku tidur kecuali aku penat. Kau ingat tak kalau aku tidur dulu, mesti kau kejutkan aku and tak pun kau mesti akan sakit. Kau ingat tak masa kita mulamula kenal, aku tengah baring kau tiba tiba jerkah aku sebab kau ingat tu "ibu" kau. Kau ingat tak kita selalu bergaduh sebab kau susah nak makan. Kau ingat tak kita selalu makan biskut beras samasama. Kau ingat tak kau yang ajar aku makan biskut beras. Kau ingat tak aku yang jaga kau bila kau masuk bilik rawatan. Kau ingat tak aku hari hari belikan kau choki choki. Kau ingat tak kau panggil aku apa. Kau ingat tak aku selalu marah kau kalau kau makan ais. Kau ingat tak kau selalu berebut udang dengan aku. Kau ingat tak kalau aku or kau balik, kita mesti call each other hari hari. Kau ingat tak lagu favorite kita. Kau ingat tak aku selalu tinggalkan kau masa malam sebab aku pergi perjumpaan pengawas asrama. Kau ingat tak kalau aku pergi perjumpaan, kau mesti mintak ice cream. Kau ingat tak kau selalu potongkan kuku aku. Kau ingat tak kalau kuku aku panjang sikit, kau mesti marah, membebel. Kau ingat tak aku selalu protect kau bila orang bagi bear kat kau sebab kau tak suka benda berbulu. Kau ingat tak  kau pernah tendang katil atas sampai tercabut sebab kau terlampau sakit kepala. Kau ingat tak kita selalu berebut bantal busuk kau and selimut aku. Kau ingat tak kita kena denda ramai ramai dengan warden sebab dorm kita bermasalah. Kau ingat tak boxer kau pernah kena gunting. Kau ingat tak yang aku jatuh and pengsan , lepas tu aku balik and kau nangis. Kau ingat tak ada satu pagi tu kau pengsan, tak sedar diri, aku teman kau pergi hospital, aku menangis sebab aku tak suka tengok kau sakit. Kau ingat tak kalau orang cakap apa pun pasal kau, aku tutup telinga and aku menangkan kau. Kau ingat tak first lagu yang kau suka bila kau dengar kat mp3 aku. Kau ingat tak lagu first yang kita nyanyi sama sama masa dekat dorm. Kau ingat tak kalau masing masing ada masalah, kita mesti duduk dekat tangga. Kau ingat tak orang cakap aku perampas bila kita mula mula berkawan. Kau ingat tak Kau ingat tak kita satu dorm kena denda sebab main tilam, tapi aku , ellyn and junior yang tak kena. Kau ingat tak bila kau kena histeria, aku je yang setia temankan kau. Kau ingat tak yang kau selalu mengadu dekat aku kalau kau sedih, ada masalah.Kau ingat tak kita tak pernah pendam rahsia. Kau ingat tak aku cuba tunai kan apa je yang kau idamkan setakat aku mampu. Kau ingat tak bila aku nangis, kau yang pujuk aku. Kau ingat tak bila kau nangis, aku yang pujuk kau. Kau ingat tak tuala kecik yang selalu aku bawak pergi sekolah sampai cikgu kata aku ni slebet. Kau ingat tak kau penah lukiskan aku gambar kita dekat dalam buku diary. Kau ingat semua tu?? Kau ingat tak?! :'( Aku rindu semua tu. Aku nak kau yang dulu. Aku nak kembali macam dulu. Kalau boleh aku taknak pergi masa ni, sebab aku taknak kau berubah macam sekarang. Aku sedih. Kenapa semua ni jadi dekat aku dan kau. Aku tak mintak apa apa dari kau. Aku cuma nak kita macam dulu. Aku rindu kita yang dulu :'( Aku harap sangat kau jumpa orang yang boleh jaga kau. Kalau kita ditakdirkan macam ni sampai bila bila, aku redha. Aku tau mungkin ini yang terbaik and kau boleh dapat orang yang better dari aku. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku walaupun sekejap :') Aku sayang kau, sampai bila bila. Tak pernah sikit pun luntur sayang tu, sahabat. Aku ingat setiap apa yang pernah berlaku antara kita. Sikit pun aku tak lupa. Aku akan simpan kenangan tu sebagai memori kita sampai bilabila. Sayang awakk :'( sahabat <3

No comments:

Post a Comment