Hi guys. Thank you for coming. please leave a message in my scream box okay. lots of love ♥♥

15 February 2011

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul. Bila bercakap tentang Maulidur Rasul ni ada sejarah disebalik hari yang mulia ni. Maulidur Rasul ( dalam bahasa arab bermaksud kelahiran Rasul ) adalah hari bersejarah Keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena dengan kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin ( Hadith riwayat Muslim 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tpak kelahiran Baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
 Bila teringat Maulid Nabi ni, aku teringat dekat arwah nenek aku (Siti Asnah bin Ripin ). Arwah meninggal pada hari tersebut bersamaan 12 April 2006. Nak dijadikan cerita masa tu arwah pergi surau, sebab dekat surau ada buat sambuatan Maulud Nabi. Masa tu aku dekat rumah lagi sebab belum bersiap nak pergi. Lepas tu jiran aku panggil cakap atok ( gelaran arwah ) pengsan. Ktorang dengan perasaan terkejut terus pergi ke surau. Surau depan rumah je actually. Lepas tu, aku nak atok dekat pangkuan Wak timah (jiran aku). Aku tak tau nak buat apa. Aku terus masuk dalam rumah amek ubat sebab jiran aku yang lain suruh amek. Lepas je amek, dorang semua nak bawak arwah ke hospital. Jran aku yang tolong hantar. Aku menyusul kemuadian. Dalam kereta, aku hanya mengucap dan minta Allah selamatkan atok sebab aku sayang sangat dekat arwah. Arwah la yang paling rapat ngan kami (adik beradik ) sebab dea tinggal bersama kami. Sedih sangat waktu tu. Aku taknak kehilangan atok. Lepas beberapa jam tunggu, ayah hantar aku balik sebab dekat rumah cuma tinggal akak aku ngan adik adik. Aku taknak tapi mama suruh sebab mama kata esok pagi boleh datang lagi. Aku pun ikut la ayah balik. Sampai dekat rumah, aku tidur la sebab da lewat malam. Bunyi telefon pertama, pukul 1 am lebih mama call tanya pasal ktorang. Yela masa tu ktorang 4 beradik je yang tinggal dekat rumah. Deringan kedua, pada pukul 3 lebih mama call lagi tapi along yang angkat. Mama cakap atok dah takda. Aku masa tu tengah tidur. Along kejutkan along cakap , "bangun la, pegi mandi, solat lepas tu baca yassin sebab atok dah takde". Aku terus masuk bilik, nanges and dengan secara tak sengaja aku menyalahkan takdir. Ya Allah, takde siapa tahu macam mana perasaan aku masa tu. Hanya Allah je yang tahu. Lepas tuh, akak aku panggil jiran jiran untuk kemas kan rumah untuk upacara nanti. Selepas selesai solat, aku duduk sorang sorang. Nasib  baik masa tu aku balik dari asrama sebab cuti. Kalau tak memang aku tak berkesempatan nak tengok arwah. Masa malam sebelum arwah pengsan, aku ada cabut uban arwah sampai larut malam. Lepas tu, aku penat dan aku cakap la " atokk, jom tido. angah da ngantok la. atiok pun da sengguk sengguk da. esok kang angah janji angah cabut lagi eh ". Lepas tu atok cium pipi aku. Sebab kami nak masuk tidur. Keesokan nyaa baru Maulid Nabi. Oke, bersambuang dengan cerita tadi. Pukul 7am jenazah sampai kerumah. Ya Allah ! Perlu ke aku terima dugaan ini? :'( Aku tengok jenazah arwah diangkat. Aku duduk je sebelah arwah tanpa berganjak. Adik beradik aku semua duduk keliling arwah. Sebab kami je yang paling rapat dengan arwah. Allah ! Aku tak boleh hadapi ini :'( Kenapa kau ambil dia daripadaku. Masa tu, tu je ayat yabg terkeluar. Subhanallah. Lepas tu aku teringat yang aku dah janji ank cabutkan uban atok :'( Ya Allah, tu ke yang terakhir aku dapat belai rambut dia? Allah, aku tak kuat ! Lepas tu, arwah dimandikan dan dikafankan. Arwah di atas tikar pandan ( wasiat arwah sebelum kembali kerahmatullah ) lepas upacara kafan, jenazah akan di kebumikan. Sebelum tu, mama panggil aku and adik beradik aku untuk cuim buat kali terakhir. Masa aku ciun aku taknak lepaskan atok !!!! Tapi mama, jiran aku tarik aku sebab takut terbatal wuduknya. hurm  Nape dorang nak bawak atok pergi??! Allah, aku sangat tidak kuat ! :'(  kemudian arwah dibawa ke tanah perkuburan Kg Pendamar dan dikebumikan di sana. Sedikit demi sedikit, tanah milik Allah menutupi liang lahad. Subhanallah adakah aku kuat menghadapi hari hari kemudian tanpanya disisi :'( setelah sekian lama, aku sudah terbiasa. Allah Maha Adil. Dia menduga umat nya supaya terus beringat tentang kematian. Ya Allah, kau tempatkan lah arwah di dalam golongan yang beriman. Sesungguhnya Kau maha Pengasih lagi maha Penyayang :'(  Aku merinduinya Ya Allah.

Sama sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ( Siti Asnah bin Ripin ) Semoga ditempat di dalam golongan orang yang beriman dan sentiasa mencucuri rahmat kepadanya. Amin

p/s kepada atok : atok, kalau la atok ada lagi angah mesti happy . atok yang selalu jaga angah, along, abang, adik. atok yang selalu ingatkan ktorang tentang solat semua. angah rindukan atok. angah sayang sangat dekat atok. atok lah segalanyaa ;'( kalau atok masih hidup, angah mesti boleh cabutkan uban atok, kan. angah rindu atok suruh siram bunga tiap petang. angah rindu atok peluk cuim angah. angah rindu semua tu. nanti, kte boleh jumpa lagi kan? angah nak atok selalu disisi. angah sayang atok :'(

No comments:

Post a Comment