Hi guys. Thank you for coming. please leave a message in my scream box okay. lots of love ♥♥

07 May 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum bloggers :)
Pertama sekali, pejam celik lagi beberapa hari mother's day akan muncul dan disambut meriah seluruh dunia. Entri kali ni, yana buat khas untuk mama kesayangan yana dunia akhirat.

To mama : Maa, SELAMAT HARI IBU <3 semoga Allah merahmati dan melindungi mama selalu. Terima kasih kerana terlalu banyak kasih sayang yang mama limpahkan pada angah , along, dan adik-adik. Kasih sayang mama yang tidak ternilai harganya. Terima kasih juga sebab sabar melayan kerenah anakmu tanpa jemu. Memberi didikan yang mencurah-curah. Jasa dan pengorbanan mama pada kami, terlalu banyak dan tak terbalas. 9 bulan 10 hari mama bawa kami kemana-mana je tanpa merungut. Terima kasih mama ;') Sesungguhnya mama lah yang terbaik buat kami. Mama terlalu berharga dan bernilai buat kami. Mama lah ibu tersayang dunia akhirat kami. Tanpa mama, siapalah kami. Angah bagi pihak diri , along dan adik adik minta maaf selama ni banyak buat mama susah hati, marah dengan sikap kami, dan menyusahkan mama. Kami tidak menjadi anak yang baik, andai pernah terdetik dihati mama yang kami ni anak derhaka, ampun kan kami mama. Bukan niat kami nak jadi anak derhaka. Sesungguhnya syurga kami terletak di bawah kakimu. Ampunkan kami segala salah dan silap yang kami pernah buat pada mama dari kami wujud didunia ini, sehingga sekarang. Kami akan buat yang terbaik untuk menjadi anak kebanggaan mama dan ayah. Kami akan berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Mama la wira kami :') Kami terlalu bersyukur kerana di anugerahkan mama kepada kami. Syukran Ya Rabbi. We love you so much ! You're the best mom ever !

Sajak buat ibu (mama):

Ibu, 
Kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga,
Kan ku semat ia kukuh di dalam sanubariku,
Wajah sucimu bak bulan memanggil purnamanya,
Sehingga tidurku jadi tidak lena.

Ibu,
Kau lah bidadari hidupku,
Yang selalu bertakhta di hati dan jiwaku,
Insan yang terlalu berharga dalam hidup ini,
Tiada tandingan selayak mu.

Ibu, 
Dikala aku membawa keegoanku,
Kaulah yang menjadi peneman untuk ku,
Tatkala aku kesunyian, 
Kaulah pengubat rindu dan sunyiku.

Ibu, 
Kelembutan bicara dan kesabaran dirimu,
Melayan kerenahku tanpa jemu,
Memenuhi kehendakku tanpa ragu,
Telah menyentuh jiwa sanubariku.

Ohh ibu kesayangan,
Semoga nurkasihNya sentiasa melingkari perjalanan hidupmu,
Terima kasih diatas jasa pengorbanan yang telah kau curahkan sehingga kini,
Penat lelah dan jerih perihmu membesarkanku,
Kau la wanita dan anugerah terindah wahai ibu.

p/s ; sajak ini direka khas untuk mama kesayangan. Maaf ma, anak mama tak pandai nak berpuitis. Tapi ini lah hasilnyaa :') dan lagu di blog ni, untuk mama :')

 SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyataku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku...
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri arti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya

Dikala penuh ketakutan,
Dengan badai kehidupan, 
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Love you, ROSLINA BINTI SELAMAT
<33

2 comments:

  1. terima kasih juga wat semuanyer.semoga menjadi anak2 yg terbaik n berjaya dunia akhirat.sesungguhnye korang yg terbaik dalam hidup mama.jgn jemu menjadi anak yg mendengar kata.balasannya akan menanti di sana nanti.mama sentiasa menyayangi kamu semua sejak dari kamu didalam perut mama lagi..mama amat bersyukur kerana dianugerahkan anak2 seperti kamu.walau dihati ini kdg ada terdetik rasa kecewa,tapi mama x pernah jemu mendoakan kebahagian kamu semua.mg hidup kita sentiasa dilimpahi kasih sayang.jgn lupa tanggungjawab kamu pada yang Maha Esa..semoga ALLAH sentiasa melindungi kita semua.AMIN....

    ReplyDelete