Hi guys. Thank you for coming. please leave a message in my scream box okay. lots of love ♥♥

18 July 2011

23 Petanda Si Dia Cintakan Kamu !

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih , dia tidak peduli ! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya , dihati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu rasa berat badan kamu bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini , dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi' 'selamat tengahari' 'selamat malam' 'selamat tidur' 'take care' dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS nya , kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya , menyatakan dalam cara yang berbeza , bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan , setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS .
  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kamu , bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya , kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya , dan saat itu matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan , bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu , bahkan mungkin meminjam cd milik kamu , kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga , walaupun sukar meminati kesukaan kamu , tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema , atau batuk-batuk , dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu , peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian , dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung , dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk member semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa , tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat , ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu , sehingga kamu menjadi binggung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya bersama kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain , dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh menbawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  • Di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu , pernah dengar "jauh di mata , dekat di hati " ?
  • Orang yang mencintai kamu lebih bertindak seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang kurang cerdik ! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak daripada menunaikan permintaan kamu walaupun sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat telefon bimbitnya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar peti simpanan mesej si dia. Dia masih meyimpan SMS-SMS daripada kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya , dia akan menyedarinya dan menghilang daripada kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan , dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain , dia sentiasa memilih terus bersamamu.
  • Orang yang begitu mencintaimu , tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan , walaupun hatinya meronta untuk mengetahui , kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya . Saat kamu pinta dia berlalu , dia pergi tanpa menyalahkan kamu , kerana dia benar-benar mengetahui apa itu cinta.


 Sumber : Majalah REMAJA / 15 Julai 2011

2 comments: